Info eKasih

Info eKasih
Info eKasih eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang menempatkan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) serta agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.  Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.Antara ciri-ciri utama eKasih adalah :-

i)   Pendaftaran dan semakan status kemiskinan secara online

ii)  Permohonan bantuan kepada agensi-agensi yang berkaitan

iii)Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online

iv)  Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.

v)    Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan

vi)   Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan berdasarkan Key Performance Indicator (KPI)

Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan dan Pemakluman Kemiskinan.

BORANG e-Kasih – KLIK SINI

sumber : /www.ekasih.gov.my

468 ad

Leave a Reply