Program Tadarus Al-Quran
Pada setiap tahun di bulan Ramadan, seperti biasa SBP Integrasi Sabak Bernam membuat Program Tadarus Al-Quran bagi mengisi waktu petang (pukul 4.00 hingga waktu solat Asar) dan malam (waktu di antara Maghrib dan Isyak). Tahun ini tarikh 1 Ramadan jatuh pada hari isnin bersamaan 1 Ogos. Program ini bertujuan menambahkan pahala membaca Al-Quran disamping mengimarahkan surau sekolah. Para pelajar muslim seharusnya mengambil peluang pada bulan ini untuk melakukan amalan soleh yang pahalanya dilipat gandakan.