Solat dibawah cahaya bulan dan bintang
Tahun lepas majlis ini dilakukan bersempena dengan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada bulan Ramadhan. Tahun ini solat di dataran informasi ini dilakuakan untuk menyambut Hari Nuzul Quran iaitu hari dimana Al-Quran diturunkan. Majlis ini dimulakan dengan solat Maghrib secar berjemaah dan disambung dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Anuar tentang Nuzul Quran . Selepas itu , majlis diteruskan dengan melakukan solat sunat tarawih 8 rakaat dan diikuti dengan solat sunat witir 3 rakaat 2 salam. Setelah selesainya majlis tersebut , para pelajar dikehendaki masuk ke kelas untuk memulakan sesi mengulang kaji pelajaran memandangkan esok masih berlangsungnya ujian selaras II yang bermula pada 22 Ogos bersamaan hari Isnin.

