Amanat Pengetua

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya laman sesawang Unit Bimbingan & Kaunseling SBPI Sabak Bernam dapat dihasilkan dengan jayanya.Saya  merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling SBPI SabakBernam atas inisiatif dan usaha menghasilkan laman web ini .

Pengasilan laman web ini satu wadah baru bagi Guru Kaunseling untuk berinteraksi secara maya dan lebih meluas di mana sahaja  Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan Unit Bimbingan & Kaunseling berusaha untuk menyebarkan maklumat lebi efektif & berkesan.

Di samping itu, saya juga berdoa dan berharap laman ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan. Guru-guru Bimbingan & Kaunseling mestilah lebih kreatif, inovatif dan dengan penuh keikhlasan dalam mengendalikan program atau penyampaian maklumat ini supaya dapat mengisi keperluan pelajar di tempat masing-masing bersesuaian dengan pendapat J.Lubbock ’When we have done our best…. we can await the result in peace’.

Akhir kata, marilah kita berganding bahu bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek dengan menyempurnakan segenap tanggungjawab yang diamanahkan. Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Semoga Allah s.w.t akan sentiasa memberkati segala usaha yang kita lakukan.

 

Sekian, terima kasih.

 

En Abdul Malek b Haron

Pengetua

SBPI Sabak Bernam

 

  1. Infonya betul2 ok banget……….makasih mas.

Leave a Reply