Objektif
OBJEKTIF AM
a.Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan yang meliputi semua aspek perkembangan murid-murid. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang sejajar dengan kemampuan dan potensi murid
b.Menyediakan perkhidmatan pencegahan seperti menghindarkan diri dari terlibat dalam masalah disiplin, penyalahgunaan dadah , tingkahlaku tidak bersopan dan sebagainya
c.Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis kepada murid yang memerlukannya d.Menyediakan perkhidmatan pemulihan meliputi aspek akademik, sosial dan kerjaya agar murid mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
OBJEKTIF KHUSUS
a.Membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosioemosi dan akademik dengan keadaan di sekolah
b.Mengenalpasti masalah dan kesulitan yang mengganggu pencapaian akademik murid-murid dan berusaha mengatasinya
c.Memberi peluang kepada setiap murid mengembangkan potensi dan daya kebolehan diri ke tahap yang maksimum
d.Membentuk sifat-sifat sosial yang positif
e.Membantu murid memahami kebolehan, bakat , minat dan mengenalpasti kekuatan serta kelemahan diri sendiri
f.Membantu murid-murid membina tabiat kerja yang baik dan positif
g.Membantu murid-murid memperolehi perlbagai bentuk kemahiran hidup seperti kemahiran menyelesai masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi, , kemahiran bersosial dan sebagainya
It’s a nice blog. Salam kenal ya….