Program Kursus PRS Zon Sg. Air Tawar

Program Kursus PRS Zon Sg. Air Tawar

Pada 16 Julai 2011, telah berlangsung sebuah program iaitu Program Kursus Pembimbing Rakan Sebaya peringkat zon Sungai Air Tawar yang dihadiri oleh Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sekitar kawasan zon Sungai Air Tawar seperti SK Seri Cempaka , SJKC Moon Teck , SAM Parit Baru , SMK Munsyi Abdullah dan lagi. Pada pukul 8.00 pagi, program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta di Dewan Ibnu Khaldun (Dewan Besar SBP Integrasi Sabak Bernam). Setelah semua peserta hadir, program ini dimulakan dengan perasmian cikgu Nelly dan seterusnya diteruskan dengan ceramah oleh En. Khaironizam mengenai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang PRS yang berwibawa.

Selepas itu, para peserta kursus melakukan sesi perkenalan diri (ice breaking) mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan telah ditempatkan dua orang facilitator yang berpengalaman daripada SBP Integrasi Sabak Bernam. Selepas sesi berkenalan, para peserta dibenarkan meninkmati minum pagi di kantin sekolah sebelum memulakan acara program sebenar. Setelah semua kembali kedalam kumpulan masing-masing selepas menikmati minum pagi, peserta diberikan tentatif program yang dibentangkan oleh ketua projek iaitu Nurul Hikmah Salsabella. Aktivitinya ialah menghasilkan sorak trademark dan logo kumpulan dibimbing oleh facilitator dan pendedahan tugas-tugas sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya.

Pada jam 1.00 petang, para peserta menikmati jamuan makan tengahari di Cafe D,Ria SBP Integrasi Sabak Bernam. Selepas selesai makan dan solat zohor bagi yang beragama Islam, program diteruskan dengan sesi ‘energizer’ dan diakhiri dengan permainan ‘Rusty Phone’. Sebelum majlis penutup berlangsung, para peserta di minta untuk memberikan pendapat dan komen mereka terhadap progaram yang dijalankan. Pada jam 4.30 petang, sesi penutupan kursus berlangsung dan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta yang hadir.

 

468 ad

Leave a Reply